Latest Updates (^____^)...

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Ziarah Pilihan Hudaibiyah...


Ziarah luar pilihan iaini sapa nak pergi kena bayar sapa tak nak pergi bleh buat aktiviti sendiri juga ada iaitu melawat Muzium Haramain dan juga melawat ladang ternakan unta...
 
Kami pergi... 
 
Cuaca hari tu agak panas dan berangin...  Di kawasan ladang unta tu pulak berpasir memang berterbangan pasir, debu dan rumput kering makanan unta tu...
 
Di sini boleh lah beli susu unta fresh and minum kalau nak...  Me takde lah...  Nak minum susu biasa pun 'semput' lagik lah susu unta...  The guys semua minum lah katanya sedappppp...  Lagi sedap dari susu kambing...
 
Selain itu ada ziarah ke Gua Hera'...  Nanti boleh mendaki gua Hera...  Tinggi tu macam tak larat je...  Ustad kata ambil masa 2 3 jam jugak bergantung pada individu...  Yang nih kami semua tak pergi... 
 
Lagi pun ziarah ni dibuat pada waktu malam...
 
Sunglass tak bawak...
 
Panas...  Dan angin kuat menyumbang kepada mata pun terpaksa di 'kecik' kan... 

Pinjam spec bro... 

Anak unta ni comel jek...  Makan sampai kenyang ye...  Me siap pegang pegang lagi unta nih...
 
Nampak kat belakang tu ada unta makan kotak haish sapa la punya kerja tu eh (^^,)...

Ladang unta nih adalah ladang yang diusahakan oleh kaum badwi di sepanjang jalan di padang pasir...  Memang merata ada ladang seumpama ni dan ianya ladang kecil kecilan saja...  Dan mereka ini selalu berpindah randah ie tak menetap di satu satu kawasan dalam tempoh yang lama... 

Amboi B senyum simpul dapat tengok unta eh kekeke...
 
Kalau tengok kat pica tu unta duduk dalam keadaan seperti kita duduk tahiyat dalam sembahyang...  Bonggol pada unta tu pula adalah simpanan bekalan makanannya...  Lebih besar bonggol bermakna lebih banyaklah makanan yang ada...  Unta bila berjalan di atas pasir tapak kakinya tidak akan tenggelam...
 
Hati unta dipercayai boleh merawat penyakit semput...  Kat Mekah memang ramai yang jual samada hati yang fresh atau yang sudah dikeringkan...



No comments:

Post a Comment