Latest Updates (^____^)...

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Assalamualaikum Ya Rasulullah...


Alhamdulillah selamat sampai ke Madinah dan urusan immigresen juga berjalan dengan lancar...  Khabarnya kalau melalui airport Jedah kena banyak banyak bersabar kerana kadang kadang urusan imigresen boleh mengambil masa berejam jam...  Banyak sungguh karenah birokrasi dan sikap pegawai yang menyumbang kepada kesukaran Jemaah...  Tapi terpaksalah sabar dan redha...
 
Bermulalah episode suka duka di Madinah...  Yang duka biarlah me simpan sebagai kenangan takut takut diceritakan boleh mendatangkan aib kepada orang lain... 
 
Kali pertama menjejakkan kaki di Masjid Nabi ie Masjid Nabawi rasa sayu sungguh hati...  Tak pernah menyangka diri sendiri akan berada di sini...
 
Dan malam pertama selepas Isya' Alhamdulillah dipermudahkan Allah kerana berjaya menziarahi Raudhah dan berpeluang menunaikan solat di barisan paling hadapan...  Untuk menziarahi Raudhah kena la ada sifat sabar yang betul betul tinggi...
 
Selepas Isya' nanti petugas masjid akan mengumpulkan Jemaah dalam kumpulan mengikut bahasa pertuturan...  Seronok dengar mereka berkata "Duduk ya ibuk duduk......"  berulang kali kepada kami...  Biasalah masing masing over excited tu yang berdiri diri tu...
 
Me pergi Raudhah sensorang je sebab dah terpisah dengan MIL & SIL...  Pusing pusing belakang tengok dah ada...  Dengan lautan manusia tak tau arah nak cari mereka me nekad aje masuk sendiri...
 
Keadaan dalam Raudhah walaupun dibenarkan masuk secara berdikit dikit dan berperingkat tetapi sangat sesak sehinggakan seperti tiada ruang untuk bersolat...  Manusia bertolak tolakkan ingin ke depan dan begitu mementingkan diri sendiri...  Sedang me berdiri menunggu orang di depan me selesai solat ada sorang kakak ni Jemaah Malaysia jugak tarik tangan me untuk solat di sebelahnya di barisan paling hadapan...  Alhamdulillah ya Allah Engkau permudahkan dan memberi ruang kepada ku...
 
Keadaan dalam Raudhah...  Pica credit to uncle google...
 
Raudhah merupakan bilik Saidatina Aishah dan di situlah terletaknya makam Baginda Rasulullah SAW...  Tapi dari ruangan perempuan tak nampak makam Baginda dan Sahabat iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar...  Maka kami sekadar memberi salam dari sebalik penghadang yang dibina...  "Assalamualaikum Ya Rasulullah..."  Bertali arus bait bait itu di dalam Raudhah tidak kira bangsa...  Ya Allah sungguh sepanjang berada di Raudhah rasa sebak sungguh...  Airmata mengalir tak henti henti...  Sob sob sob...  Tak tahu bagaimana ingin digambarkan perasaan itu...
 
Carpet Raudhah berwarna hijau dan bila dipijak carpet itu MasyaAllah, SubhanaAllah...  Terasa damai dan sejuk sekali telapak kaki seperti ada air batu dicurah di atasnya...  Seperti terasa carpet tu basah sampai me merasa tapak kaki tapi ternyata tidak...
 
Untuk berlama lama di Raudhah seperti mementingkan diri sendiri sedangkan di luar sana ramai lagi yang beratur menanti giliran...  Maka selesai solat dan berdoa me bersama kakak tu pun mula beredar...  Kakak tu siap pimpin tangan me lagi sepanjang perjalanan keluar...  Sambil kami berdua sama sama berlumba lumba mengesat airmata yang luruh di pipi...
 

Di perkarangan Masjid Nabawi kala payung terbuka...

Waktu payung tutup...

Waktu solat dataran ni penuh dengan mereka yang tidak dapat tempat di dalam masjid...  Dan kami ada 2 x terpaksa sembahyang subuh di sini sebab dah tak dibenarkan masuk ke dalam...

 
Keluar dari masjid my SIL dah tunggu di pintu masjid...  D other half tunggu di perkarangn masjid...  Tersenyum senyum me tanda gembira dan syukur sewaktu menghampiri d other half...
 
Singgah di kedai dan sungguh tak sangka me terjumpa makcik and cousin cousin me...  Berpeluk pelukan lah kami macam tak pernah berjumpa...  Memang terasa lain sungguh tak macam berjumpa di Malaysia...
 
Dan malam tu ada episode duka yang berlaku...  Ya Allah kemurkaan apakah ini?  Bawa bawalah bertenang dan mengucap kerana kita sekarang berada di bumi yang begitu suci, di tanah haram, di tempat yang sepatutnya setiap tutur kata dan perbuatan perlu dijaga... 
 
Dan dalam hati tidak henti henti me beristighfar...
 


No comments:

Post a Comment