Latest Updates (^____^)...

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Selamat Tinggal Ya Rasulullah...


Di Masjid Nabawi ruang solat dihamparkan dengan carpet berwarna merah dan carpet hijau hanya di dalam Raudhah...  berbeza dengan di Masjidil haram di mana semua carpet adalah berwarna hijau...
 
D other half & FIL di ruangan solat lelaki di Masjid Nabawi...
 
Telah diingatkan untuk kita menjaga segala perbuatan dan tuturkata sepanjang berada di sana dan sabar itu adalah kunci untuk segala galanya...  Perbuatan jangan ada yang mengaibkan, pertuturan jangan ada yang sesuka rasa nak dilontarkan...  
 
Kalau orang berlaku kasar pada kita pun isthigfar saja la banyak banyak...  Kalau ada orang berkata kesat pun isthigfar juga banyak banyak...  Keadaan di dalam masjid memang sentiasa ramai dan sesak...  Solat Subuh terutamanya...
 
Dan memang jadi fenomena biasa kalau tiba tiba ada orang datang dan duduk di depan tempat kita nak sujud...  Maka bicaralah sebaik mungkin tetapi tegas minta mereka beredar...  Kadang kadang mereka ni suka juga menyelit nyelit di antara saf yang memang sudah tidak mempunyai ruang...  Orang Malaysia InshaAllah tiada yang berkelakuan seperti ini...  Ini semua adalah dari kalangan Negara lain...
 
Jujur cakap me lebih suka pergi ke masjid secara bersendirian...  Dari hotel dengan d other half lah nanti di masjid berpecah ke tampat masing masing dan balik tunggu di depan perkarangan masjid...  Bagi me lebih mudah sebab waktu untuk kita berlama lama atau sekejap pun tidak terikat dengan sesiapa...  Cepat kita siap cepatlah keluar, lama kita bermunajat lambatlah keluar...
 
Hari terakhir di Madinah pagi itu mencari barang untuk round yang terakhir dan juga mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah dan Sahabat...
 
Kami bersolat Zuhur di bilik sahaja dan bersiap siap memakai ihram daripada hotel... 
 
Di lobby hotel...

Tunggu bus...
 
Perjalanan dari Madinah ke Kota Mekah menaiki bus bergerak lebih kurang pukul 3 petang dan akan berhenti di Bir Ali untuk bermiqat... 
 
Kami gang Impian Heights...
 
Di Bir Ali kami menunaikan solat sunat ihram dan juga berniat ihram...  Maka apabila telah berniat terikatlah kami dengan pantang larang dalam ihram...  InshaAllah mudah sahaja untuk menjaga pantang larang ihram dengan izin Allah...

The guys in their Ihram @ Bir Ali... 
 


No comments:

Post a Comment