Latest Updates (^____^)...

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Umrah Pertama Kami...


Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 7 jam dengan satu perhentian dibuat di R&R untuk solat Maghrib dan Isya' serta makan malam...
 
Sebelum pergi me telah dikhabarkan mengenai R&R tersebut maka bila dah sampai sana takdelah rasa terkejut ke hapa...  Jangan expect R&R nya seperti R&R PLUS di Malaysia sebab memang tidak sama sekali...
 
Yang penting Alhamdulillah bilik air bersih...
 
Selesai solat dihidangkan makan malam dengan nasi Arab ada ikan goreng wow sangat sedap...  Me rasa nasi Arab yang ini memang tersedap yang me pernah makan di sana...
 
Kami sampai di Mekah hampir jam 11 malam...  Selesai urusan check in hotel dan diberi masa sekitar 40 minit untuk menyiapkan diri dan mengambil wudu' kami turun untuk mendengar taklimat sebelum umrah wajib pertama kami dilaksanakan...
 
Kami tak ikut mutawif Andalusia pun sebab dah ada mutawif peribadi iaitu Hj. Adnan kan...  Sepanjang perjalanan Hj. Nan menceritakan perkembangan yang terdapat di kota Mekah...  Suasana walaupun sudah malam masih 'meriah'...  Dengan lampu lampu dari jentera pembinaan yang sedang giat dalam projek wajah baru Kota Mekah menambah meriah suasana...
 
Dalam perjalanan ke masjid... 
 
Untuk pertama kalinya memang terasa agak jauh untuk kami berjalan kaki dari Hotel...  Di Mekah Andalusia menyediakan Hira' Hotel untuk group kami dan ianya sejauh 750m ke masjid... 
 
Di merata kawasan pembinaan sedang giat dijalankan tak kira malam atau siang...
 
Tempat mengambil wudhu'... 
 
Pertama kali melihat sendiri Kaabah di depan mata Ya Allah sukar untuk digambarkan perasaan...  Sepanjang 7 pusingan tawaf itu sepanjang itulah me menyeka air mata...  Selesai tawaf menunaikan saie 7 pusingan di antara Safa' dan Marwah...  Bagus sangat Hj. Nan, memang mutawif terbaik...  Semuanya diperincikan satu persatu memudahkan kami memahaminya...  Katanya kerana itu adalah amanat yang telah diberikan oleh kami kepadanya maka wajib dia memastikan amanat itu dapat dilaksanakan dengan sempurna... 
 
Saie' dilakukan dalam keadaan yang santai...  Boleh berjalan secara perlahan lahan dan boleh berhenti di tepi dan duduk sekiranya penat...  Yang menyentuh hati me bila tiba tiba Hj Nan menghampiri me dan berkata "Berdoalah ............ dan minta kepada Allah supaya dihilangkan sifat pemarah suami sekiranya ada..."  Wow...  Terasa seperti kata kata itu datang daripada seorang ayah kepada anaknya...  Terima kasih Haji...

Me tau ramai yang ada persepsi yang d other half garang, tapi bagi me dia hanya seorang yang berpendirian tegas...  Bayangkan kalau officer bank yang berurusan dengan me pun cakap "En. Az garang eh, takut..."  Hehehe...  Kalau buat kerja bagus takdelah he nak bertegas dengan u hocay...
 
Si garang kekeke...  Bila dah bercukur FIL kata dah macam sami dah d other half kekeke...  Macam Chow Yun Fatt ar B...
 
Selesai saie dan bertahalul iaini bergunting atau bercukur maka selesailah umrah wajib kami...  Semoga Allah menerima umrah kami, Amin & InshaAllah...
 
D other half time kat Madinah tanya me "Nanti tahalul nak buat yang pertama atau kedua eh?"  Maknanya dia tanya nak bercukur atau bergunting?  Jawab me, "Kenapa mesti nak fikir buat yang kedua?  Bercukurlah sebab bercukur tu kan lebih afdhal dan setiap rambut yang dicukur itu melambangkan sebanyak mana dosa kita yang gugur..."  Amacam ada gaya ustazah tak jadi tak?
 
FIL cukur tak abis...  Sayang lagik tu rambut dia (^^,)....
 
Then di ketika yang lain FIL pulak cakap "Nanti abah gunting je lah..."  Me pun laju je menyampuk "Ngape bah, takut tak handsome eh nanti..." Kehkehkeh...  Kan menantu kesayangan dah bersuara...  MIL yang kata me menantu kesayangan hocay...  Ehem ehem nasib tak koyak kain cik bedah...
 
FAMILY...  Akan adakah lagi waktu waktu seperti ini?
 
Selesai saie' Hj Nan pun menyentuh bab bercukur dan bergunting...  Katanya "Kenapa mesti kita sayangkan rambut kita ni...  Allah telah banyak berkorban untuk kita, memberi apa yang kita minta...  Tak kan lah kita nak mengorbankan rambut kita saja pun tak boleh?"
 
Cinta Hati me... Bila dah botak sampai balik Malaysia pun nak botak jugak...  Baru rambut nak naik dah pergi cukur lagik...  Ah sudah...  Nak style botak plak ke B?
 
 
Maka dengan itu bercukurlah mereka semua...  Setiap kali tahalul d other half yang guntingkan rambut me...  Romantic la tu konon bak kata ustad sewaktu kursus kekeke...
 
Di bawa berjalan jalan di sekitar masjid oleh Hj. Nan mutawif terbaik kami...
 
Dari tingkat ketiga tempat menunaikan solat...
 
Pagi tu kami terus menunggu waktu menunaikan solat Subuh dan baru balik ke hotel untuk berehat...
 
 


No comments:

Post a Comment