Latest Updates (^____^)...

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Ceria Santai...


Asyik asyik citer pasal shopping eh...  Ada pulak yang tanya nanti pergi umrah untuk bershopping ker?  (^^,)...

Bukan begitu, tapi Ustad kata memang digalakkan berbelanja di Tanah Haram ini...  Ustad kata lagi, "Nanti apabila kita balik akan datang jiran tetangga, sanak saudara ke rumah kita..."

"Kedatangan mereka itu bersebab antaranya ingin bertanya khabar kita, keduanya ingin mendengar cerita dan pengalaman kita, maka ceritakanlah yang baik baik sahaja...  Ketiganya ingin merasa kurma dan air zam zam yang kita bawa balik  dan yang keempat nak kan buah tangan daripada kita..."

"Jadinya kalau masih ada duit lebih lagi lepas kuliah nih pergilah beli apa apa yang patut..."  Aci tak ustad cakap camtu?  Sungguh inilah yang ustad cakap...

Tau, abis je tazkirah pagi tu di dewan makan me dengan d other half terus ukur jalan cari apa apa yang patut...  Daripada seutas tasbih pun tak beli terus jadi berutas utas...
 
Teringat bila FIL kata nak bawak RM500 saja sebab katanya bukan nak shopping terus ada seorang hamba Allah nih bagi ulasan...  "Kalau nak bawak RM500 je baik tak payah bawak langsung..." 
 
Amboi sekali dengar macam kasar je bunyinya kan...  Tapi hamba Allah tu nak menyampaikan yang RM500 tu tak cukup nak buat duit pocket untuk lebih kurang 2 minggu tu...
 
Kalau betul tak nak shopping dan nak makan di dewan makan setiap masa, InshaAllah tak ada masalah...  Di Madinah dan Mekah harga makanan agak mahal...  Kalau fast food tu satu set 20++ riyal...  Sama juga dengan makanan lain, memang lebih kurang itulah harganya...

Yelah kadang tekak kita dah tak berselera nak makan di dewan makan yang disediakan TA...  Atau kadang kadang sebab kita tak balik ke hotel semata mata nak makan sebab perjalanan agak jauh...  Kenyang makan di hotel menapak kembali ke masjid dah lapar balik umpamanya...  Maka kita pun kena la cari alternative lain iaitu makan la di luar...  Makan luar, sendiri order sendiri bayar...  Kalau satu kepala sudah 20++ riyal kali 4, 5 orang dah berapa?  Lainlah kalau pakat sapa nak makan bayar sendiri...  Macam kami memang d other half lah kena belanja...  Sekali makan almost 100 riyal...

Oh yea jangan lupa makan ice cream yang diwar warkan sedap sangat tu yea...  Memang sedap sebab dengan cuaca yang panas dapat makan ice cream memang heaven lar...  Tapi me lebih suka minum fresh juice...  Di sini fresh juice adalah benar benar fresh dan pekat dan takde ice ice bagai...  Agaknya menangis dia orang ni datang Malaysia order fresh juice dapat juice cair, tawar dan banyak ice je...
 
 Then, peniaga peniaga di sana kalau nak suruh masuk kedai mereka, mereka akan datang dan peluk kita...  Sambil peluk sambil memuji muji dan bertanya khabar...  Sambil pelul peluk sambil heret kita masuk ke kedai dia...  Tapi dia orang peluk d other half je la kalau peluk me memang nahas...

Kalau nak suruh beli tu, semua jubah pun dia keluarkan, turunkan dan tunjuk dekat kita walau dah kata tak nak...  Kalau tengok jubah diaorang letak harga sampai 600 700 riyal jangan la takut nak menawar...  D other half tawar sampai bleh dapat 180 riyal...  Bila kami pergi kedai lain tengok kedai tu letak harganya 1000 riyal...  Mak aih...  Pengsan...  Baju pengantin ke hape?

Di hadapan Zam Zam Tower... 

Bangunan belakang me nilah terletaknya menara jam yang tinggi sangat tu...

Dikhabarkan di akhir zaman nanti akan dibina bangunan bangunan yang lebih tinggi daripada Masjidil Haram... 

Bagaimana pembinaan menara jam tersebut boleh diluluskan entah, kerana sedikit sebanyak ianya boleh menganggu tumpuan mereka yang mengerjakan ibadah...  Daripada pandangan tertumpu kepada Kaabah beralih arah ke menara jam pulak...



No comments:

Post a Comment