Latest Updates (^____^)...

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Kena Buatan Orang

Am I that NAIF?

Satu hari ditemani cahaya lampu terang benderang dalam office 3 tingkat ada la dua orang manusia tengah berborak borak...

Then si En. Kurus Tinggi pun berkata wife dia sakit, tak sihat...

Oh yea ke? Sakit apa? Me tanya ala ala kephochi gitu...

Kena buatan orang... Katanya...

Oh kena buatan orang shiannya....

Then beberapa ketika selepas tu me teringat and kebetulan la pulak En. Kurus Tinggi ada kat situ, me pun tanya lah camne wife dia dah baik ke?

Ha? Sakit Apa? Dia buat muka cam terkejut plak dengar me tanya...

La tu ari kata kena buatan orang, dah baik ke belum?

"Dik, are you that naif? Tak tau ke penyakit kena buatan orang tu apa?"

"Kata kena buatan orang, orang buat la..."

He pun gelak cam nak golek golek atas meja me... Kelakar sangat la kan...

Now me dah tau la apa itu penyakit BUATAN ORANG...

Ngeee.....

Westlife-Have u ever been in luv

HAVE U EVER BEEN IN LOVE



Wohoooo!!! Ini lagi lagu tema zaman kegemilangan dahulu kala... Kala duduk di Utara tanahair... Duduk kolej rumah kedai dua tingkat tu... Rindu giler zaman itewww...

Kepada Kakak ku aka KID walau ku tau ko tak baca blog adik mu ini sebab ko bukan tau pun kewujudan blog hampeh ni... Tapi jasa mu tetap dikenang sebab membenarkan cassette mu itew bekerja siang dan malam memutarkan lagu feveret adik mu ini... Tenkiu Kakak... I Lap U!!!

Gile Suker....

Misus Secy...

Me adalah seorang yang sungguh setia dan sentiasa berusaha… Iyer me adalah seorang setiausaha… Terima je la hakikat itu…

Senang ke jadi secretary nih? Senang ja tutup mata dua dua belah pun bleh buat kerja ada orang tu kata… Atau sebenarnya takde kerja? Macam tak sayang mulut eh…

Me dah bekerja di bawah 8 orang boss di company yang sekarang nih la… Nama pun setia kan makanya memang me setia sampai dah sign mati kerja kat sini la konon kononnya…

Setiap boss memang punya character yang berbeza sangat sangat…

Ada boss yang handsome man gitu, type yang segak sokmo, very firm, kalau senyum pun cam ala ala terasa cam senyum menyindir ajek… Cakap pun benda yang penting penting sajork… Wife dia if call office akan cakap “INI MRS DIA…” Hocay MISUS tunggu I pass line kat ur MISTER yek…

Ada boss pulak type yang ala ala bleh ajak main lari lari dalam office, memang sempoi ajek and senang nak berurusan apa pun… Tapi me still respect dia as boss la and tak pernah la main lari lari gitu… Dia yang lari lari dari wife dia ada la sebab dia ada galfriend (^^,)…

Then ada boss import mari from KL… Woho!!! Bila dia dah berenti kerja baru me tau yang dia takut nak kasi me kerja… Patut la kerja ala ala lite lite je time tu… Dia kata muka me yang cam like good tu buat dia tak terkasi kerja kat me huhuhuhu… That time memang me banyak buat kerja 2nd boss je as dia kurang bagi kerjakan… Lepas tu lagi kan dia berenti je baru la nak tunjuk kebelangan dia… Amboi merah biru hijau kuning sumer ada… Ye ye dia suka kat me… Sapa nak jawab tu? Dia suka belikan me perfume perfume dan perfume… Baju baju baju dan baju… Belanja makan makan dan makan… Kalau raya me punye green packet mesti lebih tebal dari orang lain punye… Sampai now pun still dapat duit raya lagi tau… Heaven eh… Oh yea encik this year jangan lupa untuk kasi lagi hehehehe…

Lagi, ada boss yang cam kawan kawan, panggil pun guna nama saja takde berencik bagai… Sporting gila and tak pernah marah… Eh kejap rasanya selama me kerja memang tak pernah kena marah ar… Hocay betulkan balik, tak pernah kena marah if berkaitan dengan kerja me tapi pernah jugak la cam ala ala kena marah disebabkan masalah peribodi boss… Bayangkan eh, you tengah cakap dengan baik punye dengan ur boss over d phone, alih alih boss naik angin and terus letak telefon, tak terkedu ke dibuatnya… Then bila I tanya kenapa? Bleh pulak dia jawab “suara you macam nak marah marah I”. Gila haper me nak marah boss, mongok ar…

Lagi lagi, owh dan mimpi ngeri pun bermula bila dapat boss yang memang me tau dari pertama kali dia tengok muka me dia tak favour me gitu… Wahai boss me yang sebelumnya, kenapa resign and tinggalkan ini orang untuk jadi boss me… Dah la you tipu kata nak bawak I pindah sekali, tapi hari berganti hari, minggu berganti minggu, sampai makan tahun you tak bawak jugak I keluar dari sini… Nasib baik la me jenis yang buat muka sardin aje… Ada me kisah if orang tak suka me, me buat kerja me siap semua sudah… Bertahun dan akhirnya pada suatu hari tanggal bulan Jun yahoooooooo!!!! He dah berhentiiii…. Ramai dalam office pun passing hi-five gitu…

Ada lagi boss import KL mari… Very d kesian tau as ada staff top level yang perasan bagus tak brape nak beri kerjasama… Bayangkan if boss masuk office terus masuk duduk dendiam dalam bilik dari pagi sampai petang terperuk cam kain buruk… Bila keluar pergi appointment kat luar pun ala ala lone ranger gitu… Muka datang kerja memang muka tak happy pun… Sampai family dia pun perasan yang dia berubah sebab kat umah pun terbawak bawak muka stress tu… So kesian kan… Ye boleh mengadu dekat saya kerana saya adalah pendengar yang baik…

Ada boss tu pulak tak nak mengaku me as her secretary sebab me nih dia punya sexytary hehehe… Tak la, dia kata me Personal Assistant dia… Ha amik engkau memang betul betul buat me macam dia punye personal ‘belonging’ hehehe… Sampai sumer sumer di letak di bahu patik ini… Kena jadi extra creative untuk berfikir, kena jadi lebih bijak untuk buat keputusan sendiri, kena berkorban masa as selagi dia tak balik me tak boleh balik dan sometimes mencecah ke jam 10 malam pun me belum nampak pintu rumah… Kena sentiasa ready untuk berkhidmat walaupun di waktu cuti, di hujung minggu… Kalau dia call wajib angkat if termissed wajib juga untuk returned call… En. Hubby sampai jeles, oh maafkan saye…

Walau apa pun me suka sangat sangat la boss type tak indipendant nih… Kira macam apa apa pun memang harapkan me… Kalau me takde ibarat patah la tangan, jangan kata sebelah mesti kena patah dua belah tangan dengan kaki kaki sekali…

Nak minum kena tunggu me buatkan air…

Nak sign document kena me duduk mengadap depan mata, if tak, tak tau kat mana nak tenyeh pen…

Nak makan kena tunggu me pergi order, hocay you nak breakfast apa? Lunch? Tea time? Dinner?

Everyday kena buat morning call kejut bangun pagi macam la tak bleh nak set alarm kat handphone ke kat jam loceng ke jam dinding ke…

Mesti kena update meeting, appointment setiap masa if tak nanti terlupa la pulak…

Nak hantar bunga kat galfriend pun mesti kena me yang personally pergi itu kedai bunga…

Nak bank in duit kat ex pun me jugak lah yang sedia berkhidmat pergi bank dan oh guna duit me dulu pun ok no problem u…

Nak makan ubat pun kena ingatkan, now pukul brape? Ok medication time u!!!

& So on...

Pergh... Cam kena buli plak me rasa...