Latest Updates (^____^)...

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Satu Cerita...


Ingin menampal satu cerita peribadi me...
 
Satu hari di Madinah...  Sewaktu bergegas nak ke Masjid me ternampak seorang lelaki yang dalam keadaan tergesa gesa...
 
Dan me menyapanya...  Dengan riak wajah yang amat gembira dia menyambut salam me dan tanpa me duga kegembiraannya itu dizahirkan dengan satu kucupan singgah di ubun ubun me...
 
Agak terkesima juga dibuatnya...  Pasti d other half pun sama...
 
Tak pasti kucupan itu untuk apa...
 
Kerana me telah menjejakkan kaki ke Tanah Haram kah?
 
Atau Kerana me telah bertudung?
 
Lelaki itu uncle me yang lewat tempohari me telah terserempak dengan makcik and cousins me... 
 
Apa pun sebabnya kegembiraan itu memang seharusnya ada kerana...
 
Di dalam keluarga sebelah Mem, hanya me seorang sahajalah yang TIDAK memakai tudung...
 
Iyer hanya me seorang yang togel kepalanya...  yang berterbangan rambutnya...
 
Dari sekecil kecil anak perempuan dalam keluarga sebelah Mem memang mereka itu telah diajar untuk menutup aurat...
 
Adik beradik sebelah Mem memang boleh dikategorikan sebagai mereka yang warak, baik dari segi pemakaian, tutur bicara dan juga perbuatan...  Ya Allah!!!  Bagaimana mungkin selama ini me menjadi seorang yang begitu tidak mempunyai rasa malu... 
 
Bayangkan bila berkumpul untuk aktiviti keluarga hanya me sajalah yang tak menutup kepala...  Sekarang bila dikenang kenang kembali terasa sedih pada diri sendiri...
 
Dalam usia yang hampir menjangkau 40an baru terpanggil untuk menerima seruan yang satu ini...  Bukan tiada niat, niat itu senantiasa ada hingga satu ketika me berkata kalau Risha dapat 5A me pasti akan pakai tudung...  Tapi Allah nak menguji, Risha tak dapat 5A pun dan me pun masih togel lagik yelah sebab tak dapat 5A pun kan... 
 
Ya Allah mengucap lah...
 
Tiada siapa untuk dipersalahkan...  Kejahilan itu adalah datangnya dari diri me sendiri...
 
Di Masjidil Haram...
 


No comments:

Post a Comment