Latest Updates (^____^)...

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Salam Jumaat....


Alhamdulillah...  Diberikan sehari lagi kesempatan bernafas di bumi ini olehNya...

Dan syukur juga d other half telah kembali pulang ke pangkuan kami...

Tadi malam dah 12 lebih time me tengah tidurkan Riaz tiba tiba telefon berbunyi and tengok tengok d other half yang call...

"Dah tidoo...?"

"Blummmm..."

"Tengah buat apa tu....?"

"Tidorkan baby..."

"Bukak pintuuuuu..."

Ha?  Dah sampai?  Sebab patutnya hari nih 14/12/12 baru balik malam nanti...  Rupa rupanya balik awal as ada flight kosong...

Anak anak semua pun excited je papa dah balik sebab semua pun tau papa balik malam nanti...

Dah tengah tengah malam buta tu masing masing mengunyah coklat tak henti henti...  Yang d other half pulak balik balik terus gomol Riaz tengah tido dah en mamat tu pun bangun jugak join makan coklat...  Satu kerja pulak me lepas tu nak tidurkan Riaz balik...

Tapi shian d other half balik lapar takde makanan sebab semuanya we all dah perabiskan...  Tu la suka sangat nak surprise surprise konon kan dah lapar...  Nasib baiklah kedai makan kat belakang rumah je...

Ini entry suka suka puan rumah nak type (^^,)...

Nak meluahkan rasa bertapa bersyukurnya selamat pergi dan selamat pulang suami tercinta...

Hello...  Ingat tak risau ke kalau d other half pergi mana mana...  Lebih lebih lagi kalau jarak perjalanan beribu batu jauh dan ke seberang...

Kalau MIL me lagi la cuak dia sebab takut kapal terbang terhempas...  Dijauhkan Ya Allah...


No comments:

Post a Comment