Latest Updates (^____^)...

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Menyopping Di Madinah...


Masa di Madinah terasa begitu cepat berlalu and waktu solat begitu dekat jaraknya antara setiap waktu...
 
Rasa macam baru nak buat sesuatu aktiviti dah terdengar azan berkumandang...  Ada takde pun waktu yang agak panjang ialah selepas Subuh nak menanti Zuhur... 
 
Alhamdulillah jarak hotel yang disediakan Andalusia iaitu Mubarak Silver Hotel agak dekat dengan Masjid Nabawi...  Turun hotel jalan tegak je dah sampai masjid...
 
Di sepanjang jalan kiri kanan menuju ke masjid sampai ke pagar masjid adalah deretan kedai dan juga penjual yang menggunakan wheelbarrow...  Memang meriah suasana setiap kali selesai solat...  Para penjual dengan cara mereka tersendiri nak melakukan dagangan...
 
Tengok manusia...  Memang ramai dan bersesak...  Nak beli barang je tu...  Belum tawaf lagik tu... 
 
Setakat tengok jubah dan tudung terbang di udara tu memang dah biasa dah... 
 
Sebelum pergi dikhabarkan penjual di Madinah bersikap mesra berbanding di Mekah...  Tapi secara peribadi dari pengamatan me sendiri penjual di Mekah lebih ramah dan berbudi bahasa...  Bayangkan me melihat sendiri pertengkaran antara  pekedai dengan pembeli sehingga terjadi insiden ludah meludah antara mereka...  Semua tu berpunca dari harga barang yang hendak dibeli je pun...  Penjual dah masukkan dalam plastic barang tu tapi pembeli tak jadi beli sebab harga tak kena...  Bleh plak penjual baling plastic tu ke arah pembeli...  Lepas tu berlaku la pertengkaran mulut dan perbuatan...  Haish...

Ambok makcik kemain memilih nampak...
 
Bukan itu je, rata rata penjual di depan masjid tu pun mempunyai sifat perkauman...  Kalau orang India atau Pakistan dorang tak nak layan...  Tak layan satu hal nak pegang barang pun tak bagi memang kena halau...  Siap cakap "India Pakistan no..."  Sambil tangan membuat isyarat macam menghalau ayam yang sedang mematuk padi, ish ish ish...  Tapi mungkin penjual ada sebab tersendiri...

Coklat yang dijual di sini pun sedap...  Bukan coklat kurma tapi memang coklat...  Yang peliknya coklat tersebut tak cair walau dalam cuaca yang panas...  Bawak balik Malaysia pun sama tak cair...  Kalau nak rasa sesuatu barang makanan yang dijual tu cakap je "Halal?" kepada penjual...  Confirm dia orang bagi...  Tapi satu kali halal, 2 kali halal 3 kali harammmm nanti dia kata...  Yelah melampau ko nak merasa banyak banyak...  Nak banyak beli lah sendiri kekeke...
 
Lepas tu friends, kalau nak membeli Al-Quran untuk diwakafkan kena make sure ianya adalah cetakan Madinah...  Jangan sesekali beli Al-Quran yang dijual di tepi jalan menuju ke Masjid Nabawi tu sebab itu cetakan Syria...  Memang nanti bila kita lalu mereka akan cakap "Waqaf Waqaf..."  Dan dijual dengan harga yang murah 3 kitab 50 riyal, 6, 100 riyal...
 
Al Quran tersebut nanti akan dikeluarkan daripada masjid dan dihantar keluar dari Madinah ke masjid masjid lain...  Meraka memang strict sangat dengan perkara ini dan ini juga sama sewaktu di Mekah...  Pagi pagi petugas masjid akan meneliti setiap Al-Quran di rak dan ianya akan diasingkan...
 
Di sini pekerja pekerja pembersihan kebanyakkannya adalah orang Indonesia kalau yang perempuan...  Kalau yang lelaki jarang pulak me nampak...  Dinasihatkan kalau nak bersedekah, bersedekahlah kepada pekerja pekerja di masjid samada di Madinah atau di Masjidil Haram...  Elakkan memberi sedekah kepada pengemis jalanan sebabnya dikhuatiri ianya adalah sindiket...  Dunia sekarang di mana mana pun ada saja manusia melakukan kemungkaran dan ianya tidak terkecuali walaupun di Tanah Haram...
 
Kami membeli barang yang perlu di Madinah...  Lebih lebih lagi dengan bantuan mutawif khas Hj Adnan memang memudahkan kami...  Cakap je nak cari apa nanti Hj. Nan bawa...  Yang bagusnya kami dibawa ke kedai yang menjual borong jadik jimatlah sikit kalau nak membeli buahtangan...
 
Sejadah di sini pun cantik cantik buatan dan coraknya memang tak sama dengan yang dijual di Malaysia walaupun tagnya Made In China jugak kekeke...  Memang rata rata barang pun made in China nak buat acaner???
 
Antara kedai menjual sejadah dan jubah...
 
Itu yang boss me cakap kat me tak payahlah beli apa apa sebab semua barang made in China...  Beli kurma je sudah...
 
Terpulanglah kan...  Pada me bukan di sini saja kalau ke Negara mana pun memang begitu kebanyakkannya sebab nya para pengeluar mendirikan kilang mereka di China disebabkan kos buruh dan gaji yang lebih murah...  Hello RA pun sekarang made in Indonesia saja tau...
 
Tak usah lorat sangat lah sebabkan made in mana je terus tak beli apa apa untuk mereka yang menanti kita balik...  Nanti me citer panjang yang nih...
 
Tapi pricewise memang di Madinah agak murah sedikit lebih lebih lagi sejadah...  Kalau jubah tu depends pada design...  Pada me design jubah di Mekah lebih cantik cantik dan banyak pilihan...
 
Hocay ini pendapat peribadi saja (^___^)...
 
Oh ye di sini no fitting room yea...  Tak bleh nak test test baju even lelaki pun...  HARAM katanya...  Makna haram tu bukanlah berdosa tapi tidak dibenarkan...  Jadiknya terjadilah insiden dah beli kena berulang kali balik ke kedai tersebut sebab nak tukar size... 
 
Jangan lupa bargain tapi make sure kita memang betul betul nak beli barang tu...  Kalau bargain dah dapat harga nya make sure beli juga...  Jangan cari pasal ooo...  Kalau takat nak tengok tengok je tok sah gatal mulut nak tanya harga and bargain...
 


Tudung Fareeda Aka Cupcake...


Jalan jalan kat FB ternampak Model FNJ Suhaili postkan satu blog nih...
 
Click and baca sambil tersengih sengih...
 
Macam nak gelak pun ada tapi sebab boss ada...

 
Bacalah...  Dari perspektif seorang yang mempunyai ilmu...
 
BTW saja nak tulis kat sini...  Yang suka mengomen dengan nada bahasa yang kurang itu adalah admin di fanpage FNJ dan juga fanpage Mawar...  Bukannya kenyataan yang dikeluarkan oleh Mawar...
 
Memang Fareeda kena tapis and hantar sekolah admin mereka ni...
 
Walaupun sebagai salah seorang pengguna FNJ secara jujur me pun tak berapa gemar dengan sesetengah komen balas yang ditulis oleh admin...
 
Adakalanya memang sungguh tidak beradab dan kedengaran bongkak...  Tapi tidaklah semua admin begitu dan tidak lah juga senantiasa komen mereka begitu... 
 
Huish statement berani pengsan ke haper nih...  Ada yang kena block and takde reseller nak jual FNJ dengan me nih kan (^^,)... 
 
  Jangan lah emotional sangat...  Dan yang pasti budi bahasa tu kan melambangkan keperibadian seseorang...
 
Tak seronok lah membaca komen seperti "Harap je pakai tudung mahal tapi bahasa tak melambangkan diri pemakai..."
 
Hocay sebab dah lama tak beli tudung FNJ kita usha usha plak handbag raya...
 
Hello this year belum ada satu pun handbag baru tau wooooooooo...
 
Dah nak puasa nih means raya la tak lama lagik...  Ehehe...  Hutang puasa dah habis bayar ke belum???
 
@ Furla Bicester Village, London...
 
Dapat Furla sebijik ngam jugak nih...  Lagik la pulak Furla dah ada kat JPO...
 
B, bleh ke me hantar kertas kerja B?
 

Aurat...

 
Tiada niat apa apa kerana me sendiri pun masih lagi belum sempurna...  Hanya sekadar perkongsian atas dasar rasa tanggungjawab...
 
Penjelasan yang baik dan ringkas tentang aurat
 

 
Click lar...  Ringkas dan padat...
 
Then nak citer isu tudung FNJ...
 
Lately nih isu tudung Fareeda begitu hebat diperkatakan...  Lebih lebih lagi dengan isu rampasan tudung tiruan...

 
Kalau dekat FB tu me tengok bukan main ramai lagi yang komen, up status...  Bahasa pun bukan main lagik memang tak nak kalah semua nak menang saja... 
 
Me sebagai pemakai FNJ memang secara logicnya memang tak menyokong tiruan nih...  Tapi tidaklah pula me nak sama sama naik minyak mengomen yang bukan bukan...  Bagi me terpulanglah pada diri masing masing... 
 
Bagi me simple je, ada rezeki lebih me beli lah kalau dah tak ada scroll and drool saja la...  Dan bulan ini, iyer me masih berjaya untuk tidak membeli FNJ kerana telah berniat selagi belum habis tudung baru yang terperok dalam tipuware tu jangan nak mengada ngada membeli lagi...
 
Jangan ikutkan nafsu sangat lah kononnya...  Padahal pocket tengah merana kekeke...
 
TOTD hari Ahad yang berbahagia ini, shawl halfmoon kaler susah nak cari baju matching...
 
Lagi pun bukan kata yang dalam tipuware saja yang berlipat pun masih ada yang belum guna...  Jadiknya bawak bawak la berjimat cermat...
 
Tapi yang peliknya dalam berjimat jimat ini bulan duit yang dijimatkan pun tak nampak bayang, acaner tu?   Lainlah postman tetiap hari datang bawak tipuware ada la jugak logicnya...
 
Erm...  Erm...  Erm...  Sapa nak jawab nih?
 

Ke Jabal Uhud...


Perjalanan diteruskan lagi ke Jabal Uhud...
 
Bacalah... 
 
Perang Uhud (Bahasa Arab: غزوة أحد‎ Ġazwat ‘Uḥud) berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy.  Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
 
Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.

 
Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang dimenangi pihak Muslim. Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula bertempur, dengan tentera Muslim berjaya menggoyahkan tentera musyrik Quraisy. Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku.Namun hanya 14 orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal.
 
Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.
 
Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. masih selamat dengan dilindungi beberapa orang sahabat. Dalam keadaan yang sangat genting itu, Ubai bin Khalaf menghampiri Nabi Muhammad untuk membunuh baginda. Nabi Muhammad sendiri mengambil sebatang tombak dan terus merejam leher Ubai bin Khalaf lalu membunuhnya. Beliau adalah satu-satunya orang yang dibunuh oleh Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang hayatnya.[perlu rujukan] Beberapa orang sahabat telah terbunuh ketika bertindak melindungi Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat perisai, namun baginda mengalami luka pada muka, bibir , kedua-dua lutut , pipi dan patah giginya ketika terjatuh ke dalam perangkap yang digali oleh Abu Amar Al Rahab.
 
Selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur ke Uhud di mana mereka berkumpul semula. Menaiki kuda, pasukan Quraisy gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut mereka. Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak mengejar lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan.

 

  • Bilangan tentera Islam yang terbunuh dalam peperangan ini kira-kira 70 orang manakala jumlah tentera Quraisy seramai 23 orang.[4]
  • Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib telah mati terbunuh oleh seorang hamba bernama [Wahsyi]. [Wahsyi]telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.[5]
  • Nabi Muhammad berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.

 Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya kepentingan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, selain ketua yang dilantik.

Sungguh tak sangka melihat sendiri medan peperangan Uhud di mana sejarah yang begitu memilukan telah terpahat...

Kelihatan di belakang gerai gerai penjaja...  Khabarnya kalau nak beli kurma dan kacang di sini pun bleh juga...  Tapi dengan masa yang diperuntukkan terlalu singkat memang tak sempat nak membeli apa pun...

Tak daki sampai ke atas pun sebab macam kurang sopan pulak rasanya dengan berjubah macam tu...  Kalau ikut hati memang dah redah...  Masalahnya cuma me sorang je yang berkobar kobar nak ke atas acaner tu???

Muttawif untuk bus kami...  Memang muda belia sangat tengah cuti sem U...  Pemalu dan pendiam sangat sampai rasa nak mintak tukar mutawwif kekeke...  Jangan marah ustad...
 
Selesai di Jabal Uhud kami di bawa ke pasar kurma...  Hocay kat sini bleh borong!!!

Di pasar kurma sudah...
 
Kami geng geng Impian Heights dibawa oleh 'mutawif' kami sendiri iaitu Hj. Nan ke satu gerai yang dia biasa pergi...  Malah sepanjang lawatan Hj. Nan lah yang jadi mutawif kami menceritakan sejarah sejarah yang berlaku/ada di setiap tempat lawatan tersebut...  So acaner aci tak me nak tukar mutawif tu?
 
Memang telah dinasihatkan untuk membeli atau menyopping di Madinah supaya sewaktu di Mekah nanti lebih tertumpu untuk beribadat...
 
Jadinya memang semua kurma dan kekacang kami beli di sini...  Berkilo kilo kurma dengan yang orang kirim lagik...  Masa tu me terfikir sah access baggage nih tapi jangan bimbang sebab itu InshaAllah tidak berlaku...  Belum pernah lagik ada yang kena caj access baggage untuk Jemaah haji dan umrah sebab nanti akan dikira group check in...  Malah pihak agency juga telah mengambil langkah langkah yang perlu...
 
Pica dalam pasar takde lah sebab masa terhad nak kejar balik solat Zuhur di Masjid Nabawi maka takde teringat langsung nak berpica...  Satu kedai tu dah lah penuh dengan kami, nak tunggu timbang kurma, nak tunggu kira, nak tunggu bayar, nak tunggu masuk dalam plastic...  Kedai kedai lain di sekeliling kosong takde orang... 
 
Rezeki masing masing kan...
 
Dan selesai membeli belah kami pun di bawa pulang dan berkejar kejar ke Masjid... 
 
Di sini walau tertinggal satu waktu bersolat berjemaah di masjid terasa amat rugi sekali...  Walau dah lambat macam mana pun, walau masih di dalam bilik dan azan telah berkumandang memang me akan sedaya upaya untuk pergi juga...  Mula lah jalan macam tak cukup tanah dan sampai masjid terpaksalah mencelah mana mana yang ada kosong...
 


Ziarah Luar Di Madinah...


Di Madinah jemaah dibawa ke ziarah dalam dan juga luar...  Ziarah dalam ialah ziarah ke Makam Rasulullah SAW dan sahabat, Raudhah dan Perkuburan Baqi'...  Tapi jemaah perempuan hanya dibenarkan ke Raudhah saja...
 
Kemudian di bawa juga ke ziarah luar seperti ke Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Ladang Kurma dan Pasar Kurma...  Semua tempat ini adalah dalam masa setengah hari saja...  Iaitu bermula pukul 830 pagi dan mesti sampai semula ke hotel sebelum Zuhur...  Zuhur 1230pm dah masuk...
 
Makanya jangan ingat ini macam pergi holiday bleh suka suka berhenti lelama di setiap tempat...  Semua tempat berhenti dalam waktu yang terhad...  Malah kami tak berpeluang pun menjejakkan kaki ke Masjid Qiblatain sebab waktu tak mengizinkan...
 
Di Masjid Quba'...

Di Masjid Quba' juga...

Di mana mana memang merata ada penjual...  Dekat sini d other half beli buah kurma fresh...  MasyaAllah sedapnya...  Manis manis kelat rangup dan sejuk sebab frozen...  Tak tau nak describe macam mana tapi memang sedap sangat... 

Ramai sangat orang kat sini...  Nak sembahyang berhimpit himpit memang dah jadi perkara biasa dah...  Ada je ruang kosong cepat cepat masuk...

FIL, MIL & SIL... 
 
Selepas itu di bawa ke ladang kurma...
 
Pica kat ladang kurma blur blurrrr...
 
Ladang kurma nih macam ladang kelapa sawit je...  Mesti pernah tengok pokok kurma kan sekarang ni kat Malaysia pun dah merata tanam buat landscape...
 
Kedai di ladang kurma...
 
Tapi sudah dipesan jangan memborong di sini sebab harga a bit pricey...  Makanya satu apa pun tak beli bergambar je yang lebih (^__^)...
 


Salam Khamis...


Pagi pagi Khamis rutin biasa ada bacaan Yassin di office...  Maka Alhamdulillah dapatlah makan free...
 
Menu hari ni yummeh yummeh...

Nasi Serai with ayam masak merah and acar darat, cheese cake, karipap, orange and teh o...
 
Untuk santapan mata uolls and santapan tekak me (^__^)...
 
Ada makan ada la TOTD bluweeekk...

 
Hari ni pakai FNJ Aisya sajek...  Muka macam orang nak menangis pun ada eh (^^,)...
 
Padahal dah iron shawl tapi sebab tadi pagi macam haywire sikit keadaan di rumah dengan ada orang tu tutup pintu rumah sampai bunyi "GEDEGANG!!!" maka shawl yang terbelit belit tak senonoh arah atas kepala tu pun terpaksa dilucut...   Tengok gantungan tudung ada yang bleh ngam dengan baju hocay sarung, siap bleh jalan... 
 
Aisya kaler ni suatu waktu dulu jadi buruan jugak nih...  Maklumlah dipakai oleh Mawar time resepsi... 

Hocay nak tampal tanpa izin status member me di FB...

"Semahal mana pun pakaian kamu, secantik manapun hijab kamu, setinggi manapun tumit sepatu kamu, seseksi dan sestylo mana pun kamu...  Pakaian yang terakhir kita tetap sama...  Sehelai kain putih..."
 
 


Assalamualaikum Ya Rasulullah...


Alhamdulillah selamat sampai ke Madinah dan urusan immigresen juga berjalan dengan lancar...  Khabarnya kalau melalui airport Jedah kena banyak banyak bersabar kerana kadang kadang urusan imigresen boleh mengambil masa berejam jam...  Banyak sungguh karenah birokrasi dan sikap pegawai yang menyumbang kepada kesukaran Jemaah...  Tapi terpaksalah sabar dan redha...
 
Bermulalah episode suka duka di Madinah...  Yang duka biarlah me simpan sebagai kenangan takut takut diceritakan boleh mendatangkan aib kepada orang lain... 
 
Kali pertama menjejakkan kaki di Masjid Nabi ie Masjid Nabawi rasa sayu sungguh hati...  Tak pernah menyangka diri sendiri akan berada di sini...
 
Dan malam pertama selepas Isya' Alhamdulillah dipermudahkan Allah kerana berjaya menziarahi Raudhah dan berpeluang menunaikan solat di barisan paling hadapan...  Untuk menziarahi Raudhah kena la ada sifat sabar yang betul betul tinggi...
 
Selepas Isya' nanti petugas masjid akan mengumpulkan Jemaah dalam kumpulan mengikut bahasa pertuturan...  Seronok dengar mereka berkata "Duduk ya ibuk duduk......"  berulang kali kepada kami...  Biasalah masing masing over excited tu yang berdiri diri tu...
 
Me pergi Raudhah sensorang je sebab dah terpisah dengan MIL & SIL...  Pusing pusing belakang tengok dah ada...  Dengan lautan manusia tak tau arah nak cari mereka me nekad aje masuk sendiri...
 
Keadaan dalam Raudhah walaupun dibenarkan masuk secara berdikit dikit dan berperingkat tetapi sangat sesak sehinggakan seperti tiada ruang untuk bersolat...  Manusia bertolak tolakkan ingin ke depan dan begitu mementingkan diri sendiri...  Sedang me berdiri menunggu orang di depan me selesai solat ada sorang kakak ni Jemaah Malaysia jugak tarik tangan me untuk solat di sebelahnya di barisan paling hadapan...  Alhamdulillah ya Allah Engkau permudahkan dan memberi ruang kepada ku...
 
Keadaan dalam Raudhah...  Pica credit to uncle google...
 
Raudhah merupakan bilik Saidatina Aishah dan di situlah terletaknya makam Baginda Rasulullah SAW...  Tapi dari ruangan perempuan tak nampak makam Baginda dan Sahabat iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar...  Maka kami sekadar memberi salam dari sebalik penghadang yang dibina...  "Assalamualaikum Ya Rasulullah..."  Bertali arus bait bait itu di dalam Raudhah tidak kira bangsa...  Ya Allah sungguh sepanjang berada di Raudhah rasa sebak sungguh...  Airmata mengalir tak henti henti...  Sob sob sob...  Tak tahu bagaimana ingin digambarkan perasaan itu...
 
Carpet Raudhah berwarna hijau dan bila dipijak carpet itu MasyaAllah, SubhanaAllah...  Terasa damai dan sejuk sekali telapak kaki seperti ada air batu dicurah di atasnya...  Seperti terasa carpet tu basah sampai me merasa tapak kaki tapi ternyata tidak...
 
Untuk berlama lama di Raudhah seperti mementingkan diri sendiri sedangkan di luar sana ramai lagi yang beratur menanti giliran...  Maka selesai solat dan berdoa me bersama kakak tu pun mula beredar...  Kakak tu siap pimpin tangan me lagi sepanjang perjalanan keluar...  Sambil kami berdua sama sama berlumba lumba mengesat airmata yang luruh di pipi...
 

Di perkarangan Masjid Nabawi kala payung terbuka...

Waktu payung tutup...

Waktu solat dataran ni penuh dengan mereka yang tidak dapat tempat di dalam masjid...  Dan kami ada 2 x terpaksa sembahyang subuh di sini sebab dah tak dibenarkan masuk ke dalam...

 
Keluar dari masjid my SIL dah tunggu di pintu masjid...  D other half tunggu di perkarangn masjid...  Tersenyum senyum me tanda gembira dan syukur sewaktu menghampiri d other half...
 
Singgah di kedai dan sungguh tak sangka me terjumpa makcik and cousin cousin me...  Berpeluk pelukan lah kami macam tak pernah berjumpa...  Memang terasa lain sungguh tak macam berjumpa di Malaysia...
 
Dan malam tu ada episode duka yang berlaku...  Ya Allah kemurkaan apakah ini?  Bawa bawalah bertenang dan mengucap kerana kita sekarang berada di bumi yang begitu suci, di tanah haram, di tempat yang sepatutnya setiap tutur kata dan perbuatan perlu dijaga... 
 
Dan dalam hati tidak henti henti me beristighfar...
 


Dimulakan Dengan Bismillah...


Sejujurnya, sewaktu Risha request nak menunaikan umrah sekiranya dapat 5A dalam UPSR nya me rasa betul betul terpukul...
 
Ya Allah seteruk itu ke me kerana tidak pernah terlintas untuk meletakkan menjejakkan kami ke bumi bertuah itu dalam senarai tempat percutian kami?
 
Bila ditanya nak bercuti ke mana asyik lah Negara lain lain yang disebut...  Dan me memang tak sangka yang wish Risha macam tu...
 
Hanya dapat 4A1B maka percutian dilencongkan ke Seoul tanpa rasa bersalah...  Selamat tinggal Umrah...
 
Sekitar December 2013 tiba tiba d other half menyuarakan kembali hasrat tersebut...  Memang rasa amat teruja...  Menghitung hari dalam debar ingin menjejakkan kaki ke sana... 
 
Me pergi dengan TA Andalusia...  Ustad pesan cerita yang baik baik saja maka me cuba cerita yang baik baik saja yea...  Tapi kalau ada yang tak berapa nak baik pun apa salahnya sebagai pengajaran dan iktibar kan...
 
Group kami seramai 17 orang dari komuniti Impian Heights dan juga FIL, MIL and SIL...
 
Mula mula dah booked dengan Tiram Travel tapi dicancel sebab kami mendapat feedback yang kurang memuaskan dengan service mereka...  Jiran me yang pergi dulu dengan Tiram pun beberapa kali dipostpone tarikh penerbangan sebab visa tak lulus katanya... 
 
Alhamdulillah dengan Andalusia semuanya berjalan dengan lancar...
 
Maka bermulalah episode menghadiri kuliah/kursus...  Me memang cuba sedaya upaya menghadiri kursus...  Kalau ikutkan untuk first timer sekurang kurangnya 3 kali kursus dah memadai tapi me suka mendengar celoteh ustad ustad...  Memang kalau ikutkan lain ustad lain pandangan maka me amik lah mana mana yang me rasa terbaik dan sesuai untuk me...
 


Di KLIA...
 
Flight kami flight chartered Saudi Airline direct ke Madinah...  Satu flight tu cuma ada jemaah dari Andalusia dan Rayhar...  Rayhar terkenal di Pantai Timur and secara peribadi me rasa Rayhar lebih bagus dari Andalusia...  Maka mula lah bercita cita nak menggunakan khidmat Rayhar pulak selepas nih...
 
Setaman uolls yang hantar kami malam tu...  Serius meriah sangat macam ada keramaian... 

Acai yang baju merah tu siap pesan "Nih jaga abang nya baik baik nih handphone kasik tutup jangan asyik ingat nak meniaga je..."  Kihkihkih...
 
Ye ingat ingat, ustad pun dah pesan sampai saja sana tukar terus simcard arab jangan lagi diingat ingat segala urusan yang ditinggalkan...  Kita pergi untuk beribadat, menjadi tetamu Allah yang bukannya lama...  Tak kanlah dalam tempoh lebih kurang 2 minggu tu tak bleh melupakan seketika hal duniawi?
 
Dan kagum me memang d other half mengikut kata...  Takde sekali pun menyebut pasal 'meniaga', menelefon berkaitan kerja...  Memang betul betul ditinggalkan segala urusan di Malaysia selama berada di sana...

Rezeki FIL, MIL & SIL dapat duduk dekat business class time pergi...  Kami tumpang bergambar je la...
 
Perjalanan dari KLIA ke Madinah lebih kurang 8 jam...  Dalam flight ustad kata janganlah makan tidur makan tidur je...  Bangun bangun tau tau dah sampai...  Sebab flight pagi jam 10 maka kami tiada masalah dengan waktu solat dalam kapal terbang...  Solat Zuhur ditunaikan di hotel bila sampai di Madinah nanti...
 
Sepanjang perjalanan kami mengisi waktu dengan membaca kitab, mendalamkan lagi ilmu berkaitan solat, berzikir, berdoa...  Ada la juga melelapkan mata buat seketika... 
 
Sebagai hambanya yang sedar akan bertapa banyaknnya dosa selama ini me memang tidak putus putus berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan menutup aib kami sepanjang kami berada di sana... 
 
Memang hati terasa amat berdebar debar mengenangkan apa yang akan kami hadapi dan tempuhi...  Maklumlah kalau mendengar cerita cerita orang macam macam cerita ada...  Tapi tawakal saja la kerana Allah Maha Mengetahui...  Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...
 
 



Selfie Ke Selfish...?

 
Nak tampal pica selfie jangan menyampah pah pah (^_____^)...

Couple days ago ada la one of my fb friend ni up status pasal selfie nih...  Katanya menyampah hocay asyik asyik muka orang tu je plak tu guna 360 confirm la muka tak lawa jadik lawa...  Kalau baca komen macam marah sungguh...
 
Esoknya one of my fb friend yang lain up status plak cakap "Selfie3.. suke atila saya la ye...   Janji bukan selfish! Hahaha..."  Aik lain macam je bunyik... 
 
Me pun tak sure adakah status yang sebelum ini berkait dengan status yang ini...  Me sekadar jadi tukang baca je la...  Biasalah FB kan macam macam ragam manusia kita bleh jumpa...
 
Sukati dorang lah FB keyboard warriors memang ramai...
 
So berbalik pica selfie puan rumah...  Tadi pagi me dengan rajinnya telah mengiron Anabel Shawl Zawara me tu...  Gigih hocay membelit tapi macam hampeh...  Belit sini salah belit situ tak kena belit camni buruk rupa belit camtu macam tak sesuai...  Last last pergi kerja dengan shawl terbelit belit ntah hape hape...
 
Dah lah lambat sebab ada accident...  Sampai je office bertapalah dalam surau sekejap pastu buat kerja...  Tengah tengah buat kerja rasa macam shawl ni tak cun je pergi lagik betul betulkan belitan kekeke...
 


Tengok model pakai cun sajeeeee...  Ke sebab muka dia memang cun?
 

Ini lah hasil dari orang yang tak pro...
 
Bila sendiri pakai berejam ngadap cermin...
 
Itu yang bila mengenangkan pembaziran waktu tu memang me opted for FNJ je...  Senang sarung dah siap... 
 
Kalau ikut youtube Zawara ada two type kan...  Dari kat rumah me try yang 1st tu tapi tak menjadi dengan kemas...  Last last belit yang 2nd style tu...  2nd style tu memang dah selalu me buat guna shawl lain before this...
 
Tapi sebab shawl ni two tone itu yang menampakkan ianya lebih menyerlah...  Sampai officemate pun tegur camne me pakai...  Belit belit yang biasa kita pakai tu jugak ualls... 
 
Kalau camnih gayanya memang takde harapan la nak jadi model belit belit tudung kat youtube ngehngehngeh...
 


Manusia...


Janganlah terlalu cepat, terlalu mudah menjatuhkan hukum dan melabel sesame insan...
 
Serius me rasa rindu nak kembali kepada situasi beberapa bulan sebelum nih...  Beberapa bulan lalu separuh dari hari Sabtu me adalah duduk bersimpuh di dalam dewan dan mendengar kuliah/ceramah dari Ustad yang  bertauliah...  Setiap minggu begitulah...
 
Ceramah adalah untuk persiapan menunaikan umrah tapi ustad ustad banyak menerapkan, menceritakan nilai nilai murni di samping memberi panduan menunaikan umrah...
 
Setiap minggu berlainan ustad maka berlainan jugalah ilmu yang dikongsikan...  Memang sungguh mengasyikkan dan menginsafkan...
 
Me tau ramai yang ingin berdakwah, cuba cuba jadi pendakwah dan tak salah untuk berdakwah...  Berdakwahlah untuk kebaikan untuk menginsafkan kami yang tersesat dalam arus duniawi ini tapi janganlah begitu mudah menghukum...
 
Cerita Ustad...
 
Ada seorang jemaah baik budi pekertinya, tak pernah tinggal solat berjemaah di masjid kalau ada kelapangan tapi isterinya tak bertudung...  Tak bertudung satu hal lepas tu pakai pulak skirt pendek ...  Maka memang menjadi bahan umpatan dan kejian masyarakat tapi suami nya cool saja...
 
Satu hari Ustad pun terlintas nak bertanya "Kamu tak kisah ke isteri kamu tak menutup aurat?"
 
"Ustad....  Bukan tak kisah ustad tapi sesuatu yang nak dilakukan tu biarlah secara perlahan lahan...  Dulu lagilah skirt dia paras atas lutut, sekarang nih dah bawah lutut, ada perubahan lah tu..."
 
"Yang penting ada niat untuk berubah dan tidak riak..."
 
Terkesima Ustad...  Jahatnya hati sebab melabel yang bukan bukan...  Fikirkanlah tuan puan, siapalah kita untuk menjatuhkan hukum pada sesama insan...  Menutup aurat itu memang wajib tapi hanya Allah sahaja yang layak untuk menjatuhkan hukum...
 
Ada orang bila dia dah berubah dia merasa riak...  Semua yang orang lain lakukan dia rasa tak cukup bagus...  Semuanya salah hanya dia sajalah yang baik dan sempurna...  Dia rasa dia sempurna menutup aurat, dia berjaya mendidik anak anak ke arah mencintai Allah maka kerana berasa terlalu sempurna mudah saja dia melabel orang ini tak baik orang itu tak betul...
 
Takde salahnya daripada tidak menutup aurat mulakan dengan pakai tudung yang biasa biasa, kemudian perlahan lahan labuhkanlah tudung tu...  Fitrah manusia tiada yang sempurna...
 
Hocay itu petikan cerita Ustad yea bukan cerita me...
 
Entry hari ni takde niat apa apa pun...  Cuma nak berkongsi cerita dan sebagai mukadimah untuk memula misi menampal pica umrah (^___^)...
 
Di Bukit Uhud...
 
Kenangan terindah untuk hamba yang hina seperti me ini...
 


Kecewa Mode...

 
Sudah bersiap sedia untuk menghidupkan engine kereta tapi nasib baik akal berkata cuba call lagik sekali to renconfirm...
 
Dan bila si penjawab di hujung talian di sana mengatakan...
 
"Maaf, semua dress tinggal size besar saja...  Semua size S dah sold out..."
 
Rasa macam ))#$)#*$(#*$#*$)!!!!)!)!_&#*$(()**&)())*(&*@...
 
Ello...  Dress je pun jangan nak over sangat eh...
 
Yea lah redha...  Hikmahnya tak membazir duit kan...
Suka? 
 
Tapi sekadar dapat tengok as santapan mata je la...  Takpe takpe tak dapat yang nih mesti ada pengganti yang lain kan... 
 
 


Bye Krabi...


Oh yea lupa nak inform waktu di Krabi satu jam lewat dari Malaysia...  Kira  kalau bangun tengok jam dah pukul 7am means baru pukul 6am lar...
 
Hari terakhir di Krabi adalah mencuci mata di kedai dan mencuci pocket...  Beli la apa apa yang patut...
 
Pricewise kalau t-shirt I Luv Krabi tu bleh dapat 100 baht, kalau t-shirt hitam macam kami boria tu 230 baht, keychain dalam packet kena 100 baht, fridge magnet paling murah kami dapat dalam packet ada 6 pcs 60 baht...
 
Ingat yang penting bargain...  Kalau dia tak bagi blah je la banyak lagik kedai lain...
 
Macam me nak blikan baju crochet untuk Risha, ada kedai ni letak 660 baht padahal semalamnya kami dah dapat harga 350 baht je tapi tak beli sbb nak recee dulu...  Bila hari nak balik tu nak pergi beli kedai tu tak bukak lagik so tanya la kedai lain...
 
Lepas tu diaorang ni ada tabiat kalau mintak kurang je mesti tanya nak beli berapa banyak...  Ello satu je la...  Last last dapat pun 350 baht tu...
 

Long Tail Boat @ Ao Nang Beach...
 

Bersama Pak Sedara...

Ahli Rombongan...

MasyaAllah...  Sungguh cantik ciptaan Allah...
 
Sepanjang perjalanan balik disajikan dengan pemandangan awan yang sungguh mengagumkan... 
 
Alhamdulillah selamat sampai...
 
Naik kerja soalan pertama yang ditanya member office "Beraninya ko...."
 
Apa maksud berani tu?  Berani naik flight sebab tengah kes MH370 atau berani ke Thailand?
 
Tak sempat me tanya dia sambung "Yalah ajal maut di tangan Tuhan..."