Latest Updates (^____^)...

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Ke Jabal Uhud...


Perjalanan diteruskan lagi ke Jabal Uhud...
 
Bacalah... 
 
Perang Uhud (Bahasa Arab: غزوة أحدĠazwat ‘Uḥud) berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy.  Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
 
Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.

 
Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang dimenangi pihak Muslim. Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula bertempur, dengan tentera Muslim berjaya menggoyahkan tentera musyrik Quraisy. Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku.Namun hanya 14 orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal.
 
Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.
 
Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. masih selamat dengan dilindungi beberapa orang sahabat. Dalam keadaan yang sangat genting itu, Ubai bin Khalaf menghampiri Nabi Muhammad untuk membunuh baginda. Nabi Muhammad sendiri mengambil sebatang tombak dan terus merejam leher Ubai bin Khalaf lalu membunuhnya. Beliau adalah satu-satunya orang yang dibunuh oleh Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang hayatnya.[perlu rujukan] Beberapa orang sahabat telah terbunuh ketika bertindak melindungi Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat perisai, namun baginda mengalami luka pada muka, bibir , kedua-dua lutut , pipi dan patah giginya ketika terjatuh ke dalam perangkap yang digali oleh Abu Amar Al Rahab.
 
Selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur ke Uhud di mana mereka berkumpul semula. Menaiki kuda, pasukan Quraisy gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut mereka. Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak mengejar lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan.

 

  • Bilangan tentera Islam yang terbunuh dalam peperangan ini kira-kira 70 orang manakala jumlah tentera Quraisy seramai 23 orang.[4]
  • Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib telah mati terbunuh oleh seorang hamba bernama [Wahsyi]. [Wahsyi]telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.[5]
  • Nabi Muhammad berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.

 Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya kepentingan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, selain ketua yang dilantik.

Sungguh tak sangka melihat sendiri medan peperangan Uhud di mana sejarah yang begitu memilukan telah terpahat...

Kelihatan di belakang gerai gerai penjaja...  Khabarnya kalau nak beli kurma dan kacang di sini pun bleh juga...  Tapi dengan masa yang diperuntukkan terlalu singkat memang tak sempat nak membeli apa pun...

Tak daki sampai ke atas pun sebab macam kurang sopan pulak rasanya dengan berjubah macam tu...  Kalau ikut hati memang dah redah...  Masalahnya cuma me sorang je yang berkobar kobar nak ke atas acaner tu???

Muttawif untuk bus kami...  Memang muda belia sangat tengah cuti sem U...  Pemalu dan pendiam sangat sampai rasa nak mintak tukar mutawwif kekeke...  Jangan marah ustad...
 
Selesai di Jabal Uhud kami di bawa ke pasar kurma...  Hocay kat sini bleh borong!!!

Di pasar kurma sudah...
 
Kami geng geng Impian Heights dibawa oleh 'mutawif' kami sendiri iaitu Hj. Nan ke satu gerai yang dia biasa pergi...  Malah sepanjang lawatan Hj. Nan lah yang jadi mutawif kami menceritakan sejarah sejarah yang berlaku/ada di setiap tempat lawatan tersebut...  So acaner aci tak me nak tukar mutawif tu?
 
Memang telah dinasihatkan untuk membeli atau menyopping di Madinah supaya sewaktu di Mekah nanti lebih tertumpu untuk beribadat...
 
Jadinya memang semua kurma dan kekacang kami beli di sini...  Berkilo kilo kurma dengan yang orang kirim lagik...  Masa tu me terfikir sah access baggage nih tapi jangan bimbang sebab itu InshaAllah tidak berlaku...  Belum pernah lagik ada yang kena caj access baggage untuk Jemaah haji dan umrah sebab nanti akan dikira group check in...  Malah pihak agency juga telah mengambil langkah langkah yang perlu...
 
Pica dalam pasar takde lah sebab masa terhad nak kejar balik solat Zuhur di Masjid Nabawi maka takde teringat langsung nak berpica...  Satu kedai tu dah lah penuh dengan kami, nak tunggu timbang kurma, nak tunggu kira, nak tunggu bayar, nak tunggu masuk dalam plastic...  Kedai kedai lain di sekeliling kosong takde orang... 
 
Rezeki masing masing kan...
 
Dan selesai membeli belah kami pun di bawa pulang dan berkejar kejar ke Masjid... 
 
Di sini walau tertinggal satu waktu bersolat berjemaah di masjid terasa amat rugi sekali...  Walau dah lambat macam mana pun, walau masih di dalam bilik dan azan telah berkumandang memang me akan sedaya upaya untuk pergi juga...  Mula lah jalan macam tak cukup tanah dan sampai masjid terpaksalah mencelah mana mana yang ada kosong...
 


Ziarah Luar Di Madinah...


Di Madinah jemaah dibawa ke ziarah dalam dan juga luar...  Ziarah dalam ialah ziarah ke Makam Rasulullah SAW dan sahabat, Raudhah dan Perkuburan Baqi'...  Tapi jemaah perempuan hanya dibenarkan ke Raudhah saja...
 
Kemudian di bawa juga ke ziarah luar seperti ke Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Ladang Kurma dan Pasar Kurma...  Semua tempat ini adalah dalam masa setengah hari saja...  Iaitu bermula pukul 830 pagi dan mesti sampai semula ke hotel sebelum Zuhur...  Zuhur 1230pm dah masuk...
 
Makanya jangan ingat ini macam pergi holiday bleh suka suka berhenti lelama di setiap tempat...  Semua tempat berhenti dalam waktu yang terhad...  Malah kami tak berpeluang pun menjejakkan kaki ke Masjid Qiblatain sebab waktu tak mengizinkan...
 
Di Masjid Quba'...

Di Masjid Quba' juga...

Di mana mana memang merata ada penjual...  Dekat sini d other half beli buah kurma fresh...  MasyaAllah sedapnya...  Manis manis kelat rangup dan sejuk sebab frozen...  Tak tau nak describe macam mana tapi memang sedap sangat... 

Ramai sangat orang kat sini...  Nak sembahyang berhimpit himpit memang dah jadi perkara biasa dah...  Ada je ruang kosong cepat cepat masuk...

FIL, MIL & SIL... 
 
Selepas itu di bawa ke ladang kurma...
 
Pica kat ladang kurma blur blurrrr...
 
Ladang kurma nih macam ladang kelapa sawit je...  Mesti pernah tengok pokok kurma kan sekarang ni kat Malaysia pun dah merata tanam buat landscape...
 
Kedai di ladang kurma...
 
Tapi sudah dipesan jangan memborong di sini sebab harga a bit pricey...  Makanya satu apa pun tak beli bergambar je yang lebih (^__^)...
 


Salam Khamis...


Pagi pagi Khamis rutin biasa ada bacaan Yassin di office...  Maka Alhamdulillah dapatlah makan free...
 
Menu hari ni yummeh yummeh...

Nasi Serai with ayam masak merah and acar darat, cheese cake, karipap, orange and teh o...
 
Untuk santapan mata uolls and santapan tekak me (^__^)...
 
Ada makan ada la TOTD bluweeekk...

 
Hari ni pakai FNJ Aisya sajek...  Muka macam orang nak menangis pun ada eh (^^,)...
 
Padahal dah iron shawl tapi sebab tadi pagi macam haywire sikit keadaan di rumah dengan ada orang tu tutup pintu rumah sampai bunyi "GEDEGANG!!!" maka shawl yang terbelit belit tak senonoh arah atas kepala tu pun terpaksa dilucut...   Tengok gantungan tudung ada yang bleh ngam dengan baju hocay sarung, siap bleh jalan... 
 
Aisya kaler ni suatu waktu dulu jadi buruan jugak nih...  Maklumlah dipakai oleh Mawar time resepsi... 

Hocay nak tampal tanpa izin status member me di FB...

"Semahal mana pun pakaian kamu, secantik manapun hijab kamu, setinggi manapun tumit sepatu kamu, seseksi dan sestylo mana pun kamu...  Pakaian yang terakhir kita tetap sama...  Sehelai kain putih..."
 
 


Assalamualaikum Ya Rasulullah...


Alhamdulillah selamat sampai ke Madinah dan urusan immigresen juga berjalan dengan lancar...  Khabarnya kalau melalui airport Jedah kena banyak banyak bersabar kerana kadang kadang urusan imigresen boleh mengambil masa berejam jam...  Banyak sungguh karenah birokrasi dan sikap pegawai yang menyumbang kepada kesukaran Jemaah...  Tapi terpaksalah sabar dan redha...
 
Bermulalah episode suka duka di Madinah...  Yang duka biarlah me simpan sebagai kenangan takut takut diceritakan boleh mendatangkan aib kepada orang lain... 
 
Kali pertama menjejakkan kaki di Masjid Nabi ie Masjid Nabawi rasa sayu sungguh hati...  Tak pernah menyangka diri sendiri akan berada di sini...
 
Dan malam pertama selepas Isya' Alhamdulillah dipermudahkan Allah kerana berjaya menziarahi Raudhah dan berpeluang menunaikan solat di barisan paling hadapan...  Untuk menziarahi Raudhah kena la ada sifat sabar yang betul betul tinggi...
 
Selepas Isya' nanti petugas masjid akan mengumpulkan Jemaah dalam kumpulan mengikut bahasa pertuturan...  Seronok dengar mereka berkata "Duduk ya ibuk duduk......"  berulang kali kepada kami...  Biasalah masing masing over excited tu yang berdiri diri tu...
 
Me pergi Raudhah sensorang je sebab dah terpisah dengan MIL & SIL...  Pusing pusing belakang tengok dah ada...  Dengan lautan manusia tak tau arah nak cari mereka me nekad aje masuk sendiri...
 
Keadaan dalam Raudhah walaupun dibenarkan masuk secara berdikit dikit dan berperingkat tetapi sangat sesak sehinggakan seperti tiada ruang untuk bersolat...  Manusia bertolak tolakkan ingin ke depan dan begitu mementingkan diri sendiri...  Sedang me berdiri menunggu orang di depan me selesai solat ada sorang kakak ni Jemaah Malaysia jugak tarik tangan me untuk solat di sebelahnya di barisan paling hadapan...  Alhamdulillah ya Allah Engkau permudahkan dan memberi ruang kepada ku...
 
Keadaan dalam Raudhah...  Pica credit to uncle google...
 
Raudhah merupakan bilik Saidatina Aishah dan di situlah terletaknya makam Baginda Rasulullah SAW...  Tapi dari ruangan perempuan tak nampak makam Baginda dan Sahabat iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar...  Maka kami sekadar memberi salam dari sebalik penghadang yang dibina...  "Assalamualaikum Ya Rasulullah..."  Bertali arus bait bait itu di dalam Raudhah tidak kira bangsa...  Ya Allah sungguh sepanjang berada di Raudhah rasa sebak sungguh...  Airmata mengalir tak henti henti...  Sob sob sob...  Tak tahu bagaimana ingin digambarkan perasaan itu...
 
Carpet Raudhah berwarna hijau dan bila dipijak carpet itu MasyaAllah, SubhanaAllah...  Terasa damai dan sejuk sekali telapak kaki seperti ada air batu dicurah di atasnya...  Seperti terasa carpet tu basah sampai me merasa tapak kaki tapi ternyata tidak...
 
Untuk berlama lama di Raudhah seperti mementingkan diri sendiri sedangkan di luar sana ramai lagi yang beratur menanti giliran...  Maka selesai solat dan berdoa me bersama kakak tu pun mula beredar...  Kakak tu siap pimpin tangan me lagi sepanjang perjalanan keluar...  Sambil kami berdua sama sama berlumba lumba mengesat airmata yang luruh di pipi...
 

Di perkarangan Masjid Nabawi kala payung terbuka...

Waktu payung tutup...

Waktu solat dataran ni penuh dengan mereka yang tidak dapat tempat di dalam masjid...  Dan kami ada 2 x terpaksa sembahyang subuh di sini sebab dah tak dibenarkan masuk ke dalam...

 
Keluar dari masjid my SIL dah tunggu di pintu masjid...  D other half tunggu di perkarangn masjid...  Tersenyum senyum me tanda gembira dan syukur sewaktu menghampiri d other half...
 
Singgah di kedai dan sungguh tak sangka me terjumpa makcik and cousin cousin me...  Berpeluk pelukan lah kami macam tak pernah berjumpa...  Memang terasa lain sungguh tak macam berjumpa di Malaysia...
 
Dan malam tu ada episode duka yang berlaku...  Ya Allah kemurkaan apakah ini?  Bawa bawalah bertenang dan mengucap kerana kita sekarang berada di bumi yang begitu suci, di tanah haram, di tempat yang sepatutnya setiap tutur kata dan perbuatan perlu dijaga... 
 
Dan dalam hati tidak henti henti me beristighfar...
 


Dimulakan Dengan Bismillah...


Sejujurnya, sewaktu Risha request nak menunaikan umrah sekiranya dapat 5A dalam UPSR nya me rasa betul betul terpukul...
 
Ya Allah seteruk itu ke me kerana tidak pernah terlintas untuk meletakkan menjejakkan kami ke bumi bertuah itu dalam senarai tempat percutian kami?
 
Bila ditanya nak bercuti ke mana asyik lah Negara lain lain yang disebut...  Dan me memang tak sangka yang wish Risha macam tu...
 
Hanya dapat 4A1B maka percutian dilencongkan ke Seoul tanpa rasa bersalah...  Selamat tinggal Umrah...
 
Sekitar December 2013 tiba tiba d other half menyuarakan kembali hasrat tersebut...  Memang rasa amat teruja...  Menghitung hari dalam debar ingin menjejakkan kaki ke sana... 
 
Me pergi dengan TA Andalusia...  Ustad pesan cerita yang baik baik saja maka me cuba cerita yang baik baik saja yea...  Tapi kalau ada yang tak berapa nak baik pun apa salahnya sebagai pengajaran dan iktibar kan...
 
Group kami seramai 17 orang dari komuniti Impian Heights dan juga FIL, MIL and SIL...
 
Mula mula dah booked dengan Tiram Travel tapi dicancel sebab kami mendapat feedback yang kurang memuaskan dengan service mereka...  Jiran me yang pergi dulu dengan Tiram pun beberapa kali dipostpone tarikh penerbangan sebab visa tak lulus katanya... 
 
Alhamdulillah dengan Andalusia semuanya berjalan dengan lancar...
 
Maka bermulalah episode menghadiri kuliah/kursus...  Me memang cuba sedaya upaya menghadiri kursus...  Kalau ikutkan untuk first timer sekurang kurangnya 3 kali kursus dah memadai tapi me suka mendengar celoteh ustad ustad...  Memang kalau ikutkan lain ustad lain pandangan maka me amik lah mana mana yang me rasa terbaik dan sesuai untuk me...
 


Di KLIA...
 
Flight kami flight chartered Saudi Airline direct ke Madinah...  Satu flight tu cuma ada jemaah dari Andalusia dan Rayhar...  Rayhar terkenal di Pantai Timur and secara peribadi me rasa Rayhar lebih bagus dari Andalusia...  Maka mula lah bercita cita nak menggunakan khidmat Rayhar pulak selepas nih...
 
Setaman uolls yang hantar kami malam tu...  Serius meriah sangat macam ada keramaian... 

Acai yang baju merah tu siap pesan "Nih jaga abang nya baik baik nih handphone kasik tutup jangan asyik ingat nak meniaga je..."  Kihkihkih...
 
Ye ingat ingat, ustad pun dah pesan sampai saja sana tukar terus simcard arab jangan lagi diingat ingat segala urusan yang ditinggalkan...  Kita pergi untuk beribadat, menjadi tetamu Allah yang bukannya lama...  Tak kanlah dalam tempoh lebih kurang 2 minggu tu tak bleh melupakan seketika hal duniawi?
 
Dan kagum me memang d other half mengikut kata...  Takde sekali pun menyebut pasal 'meniaga', menelefon berkaitan kerja...  Memang betul betul ditinggalkan segala urusan di Malaysia selama berada di sana...

Rezeki FIL, MIL & SIL dapat duduk dekat business class time pergi...  Kami tumpang bergambar je la...
 
Perjalanan dari KLIA ke Madinah lebih kurang 8 jam...  Dalam flight ustad kata janganlah makan tidur makan tidur je...  Bangun bangun tau tau dah sampai...  Sebab flight pagi jam 10 maka kami tiada masalah dengan waktu solat dalam kapal terbang...  Solat Zuhur ditunaikan di hotel bila sampai di Madinah nanti...
 
Sepanjang perjalanan kami mengisi waktu dengan membaca kitab, mendalamkan lagi ilmu berkaitan solat, berzikir, berdoa...  Ada la juga melelapkan mata buat seketika... 
 
Sebagai hambanya yang sedar akan bertapa banyaknnya dosa selama ini me memang tidak putus putus berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan menutup aib kami sepanjang kami berada di sana... 
 
Memang hati terasa amat berdebar debar mengenangkan apa yang akan kami hadapi dan tempuhi...  Maklumlah kalau mendengar cerita cerita orang macam macam cerita ada...  Tapi tawakal saja la kerana Allah Maha Mengetahui...  Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...
 
 



Selfie Ke Selfish...?

 
Nak tampal pica selfie jangan menyampah pah pah (^_____^)...

Couple days ago ada la one of my fb friend ni up status pasal selfie nih...  Katanya menyampah hocay asyik asyik muka orang tu je plak tu guna 360 confirm la muka tak lawa jadik lawa...  Kalau baca komen macam marah sungguh...
 
Esoknya one of my fb friend yang lain up status plak cakap "Selfie3.. suke atila saya la ye...   Janji bukan selfish! Hahaha..."  Aik lain macam je bunyik... 
 
Me pun tak sure adakah status yang sebelum ini berkait dengan status yang ini...  Me sekadar jadi tukang baca je la...  Biasalah FB kan macam macam ragam manusia kita bleh jumpa...
 
Sukati dorang lah FB keyboard warriors memang ramai...
 
So berbalik pica selfie puan rumah...  Tadi pagi me dengan rajinnya telah mengiron Anabel Shawl Zawara me tu...  Gigih hocay membelit tapi macam hampeh...  Belit sini salah belit situ tak kena belit camni buruk rupa belit camtu macam tak sesuai...  Last last pergi kerja dengan shawl terbelit belit ntah hape hape...
 
Dah lah lambat sebab ada accident...  Sampai je office bertapalah dalam surau sekejap pastu buat kerja...  Tengah tengah buat kerja rasa macam shawl ni tak cun je pergi lagik betul betulkan belitan kekeke...
 


Tengok model pakai cun sajeeeee...  Ke sebab muka dia memang cun?
 

Ini lah hasil dari orang yang tak pro...
 
Bila sendiri pakai berejam ngadap cermin...
 
Itu yang bila mengenangkan pembaziran waktu tu memang me opted for FNJ je...  Senang sarung dah siap... 
 
Kalau ikut youtube Zawara ada two type kan...  Dari kat rumah me try yang 1st tu tapi tak menjadi dengan kemas...  Last last belit yang 2nd style tu...  2nd style tu memang dah selalu me buat guna shawl lain before this...
 
Tapi sebab shawl ni two tone itu yang menampakkan ianya lebih menyerlah...  Sampai officemate pun tegur camne me pakai...  Belit belit yang biasa kita pakai tu jugak ualls... 
 
Kalau camnih gayanya memang takde harapan la nak jadi model belit belit tudung kat youtube ngehngehngeh...
 


Manusia...


Janganlah terlalu cepat, terlalu mudah menjatuhkan hukum dan melabel sesame insan...
 
Serius me rasa rindu nak kembali kepada situasi beberapa bulan sebelum nih...  Beberapa bulan lalu separuh dari hari Sabtu me adalah duduk bersimpuh di dalam dewan dan mendengar kuliah/ceramah dari Ustad yang  bertauliah...  Setiap minggu begitulah...
 
Ceramah adalah untuk persiapan menunaikan umrah tapi ustad ustad banyak menerapkan, menceritakan nilai nilai murni di samping memberi panduan menunaikan umrah...
 
Setiap minggu berlainan ustad maka berlainan jugalah ilmu yang dikongsikan...  Memang sungguh mengasyikkan dan menginsafkan...
 
Me tau ramai yang ingin berdakwah, cuba cuba jadi pendakwah dan tak salah untuk berdakwah...  Berdakwahlah untuk kebaikan untuk menginsafkan kami yang tersesat dalam arus duniawi ini tapi janganlah begitu mudah menghukum...
 
Cerita Ustad...
 
Ada seorang jemaah baik budi pekertinya, tak pernah tinggal solat berjemaah di masjid kalau ada kelapangan tapi isterinya tak bertudung...  Tak bertudung satu hal lepas tu pakai pulak skirt pendek ...  Maka memang menjadi bahan umpatan dan kejian masyarakat tapi suami nya cool saja...
 
Satu hari Ustad pun terlintas nak bertanya "Kamu tak kisah ke isteri kamu tak menutup aurat?"
 
"Ustad....  Bukan tak kisah ustad tapi sesuatu yang nak dilakukan tu biarlah secara perlahan lahan...  Dulu lagilah skirt dia paras atas lutut, sekarang nih dah bawah lutut, ada perubahan lah tu..."
 
"Yang penting ada niat untuk berubah dan tidak riak..."
 
Terkesima Ustad...  Jahatnya hati sebab melabel yang bukan bukan...  Fikirkanlah tuan puan, siapalah kita untuk menjatuhkan hukum pada sesama insan...  Menutup aurat itu memang wajib tapi hanya Allah sahaja yang layak untuk menjatuhkan hukum...
 
Ada orang bila dia dah berubah dia merasa riak...  Semua yang orang lain lakukan dia rasa tak cukup bagus...  Semuanya salah hanya dia sajalah yang baik dan sempurna...  Dia rasa dia sempurna menutup aurat, dia berjaya mendidik anak anak ke arah mencintai Allah maka kerana berasa terlalu sempurna mudah saja dia melabel orang ini tak baik orang itu tak betul...
 
Takde salahnya daripada tidak menutup aurat mulakan dengan pakai tudung yang biasa biasa, kemudian perlahan lahan labuhkanlah tudung tu...  Fitrah manusia tiada yang sempurna...
 
Hocay itu petikan cerita Ustad yea bukan cerita me...
 
Entry hari ni takde niat apa apa pun...  Cuma nak berkongsi cerita dan sebagai mukadimah untuk memula misi menampal pica umrah (^___^)...
 
Di Bukit Uhud...
 
Kenangan terindah untuk hamba yang hina seperti me ini...
 


Kecewa Mode...

 
Sudah bersiap sedia untuk menghidupkan engine kereta tapi nasib baik akal berkata cuba call lagik sekali to renconfirm...
 
Dan bila si penjawab di hujung talian di sana mengatakan...
 
"Maaf, semua dress tinggal size besar saja...  Semua size S dah sold out..."
 
Rasa macam ))#$)#*$(#*$#*$)!!!!)!)!_&#*$(()**&)())*(&*@...
 
Ello...  Dress je pun jangan nak over sangat eh...
 
Yea lah redha...  Hikmahnya tak membazir duit kan...
Suka? 
 
Tapi sekadar dapat tengok as santapan mata je la...  Takpe takpe tak dapat yang nih mesti ada pengganti yang lain kan... 
 
 


Bye Krabi...


Oh yea lupa nak inform waktu di Krabi satu jam lewat dari Malaysia...  Kira  kalau bangun tengok jam dah pukul 7am means baru pukul 6am lar...
 
Hari terakhir di Krabi adalah mencuci mata di kedai dan mencuci pocket...  Beli la apa apa yang patut...
 
Pricewise kalau t-shirt I Luv Krabi tu bleh dapat 100 baht, kalau t-shirt hitam macam kami boria tu 230 baht, keychain dalam packet kena 100 baht, fridge magnet paling murah kami dapat dalam packet ada 6 pcs 60 baht...
 
Ingat yang penting bargain...  Kalau dia tak bagi blah je la banyak lagik kedai lain...
 
Macam me nak blikan baju crochet untuk Risha, ada kedai ni letak 660 baht padahal semalamnya kami dah dapat harga 350 baht je tapi tak beli sbb nak recee dulu...  Bila hari nak balik tu nak pergi beli kedai tu tak bukak lagik so tanya la kedai lain...
 
Lepas tu diaorang ni ada tabiat kalau mintak kurang je mesti tanya nak beli berapa banyak...  Ello satu je la...  Last last dapat pun 350 baht tu...
 

Long Tail Boat @ Ao Nang Beach...
 

Bersama Pak Sedara...

Ahli Rombongan...

MasyaAllah...  Sungguh cantik ciptaan Allah...
 
Sepanjang perjalanan balik disajikan dengan pemandangan awan yang sungguh mengagumkan... 
 
Alhamdulillah selamat sampai...
 
Naik kerja soalan pertama yang ditanya member office "Beraninya ko...."
 
Apa maksud berani tu?  Berani naik flight sebab tengah kes MH370 atau berani ke Thailand?
 
Tak sempat me tanya dia sambung "Yalah ajal maut di tangan Tuhan..."
 
 


Vroom Vroom Jom Naik Motor....


Kat Krabi senang jek nak berjalan jalan ke mana mana...  Kalau rasa nak save bajet sangat jalan kaki je la kekeke...
 
Sewa motor satu hari baru RM20 saja...  Round la ceruk mana pun...  Kalau tak nak sewa motor bicycle pun ada...  Naik tuk tuk ie van yang konsep terbuka tu pun bleh...  Tapi cam tak selamat je tengok dorang naik sampai penuh sendat then kena berdiri kat luar van bergayut gayut...  Kat sini naik motor tak pakai helmet pun takpe...
 
Kalau bleh elakkan naik taxi sebab nanti kena caj mahal...  Taxi motor takpe murah je...  Tapi lagi macam biasa la kena pandai bargain sebab dorang ni suka je nak mark up harga...
 

Seronok la dapat naik motor kan...  Yang belakang sekali tu me punya tempat ler (^^,)...  Sebab ahli keluarga berderet maka kena la buat 2 trip kalau nak ke mana mana... 
 
Motor ni type auto...  Jadiknya ada sedikit kejakunan la di situ...  Bila d other half nak start engine tak hidup hidup...  Haish tak kan minyak abis plak...  Ke battery kong?  Dah cuba banyak kali and macam macam cara pun tak hidup panggillah sesapa yang berdekatan mintak tolong tengokkan...  Ceh senang jek dia tekan button je terus hidup... 
 
2 kali kena camtu kekeke...  Yang peliknya d other half tekan button sama jugak tak hidup pun kekeke...

Gang Panca Sitara beraksi... 
 
Pica kat entrance Krabi Resort...
 
Macam best je resort nih...  Lagipun memang betul betul mengadap pantai...


Hai Riaz orang sibuk amik pica dia, dia pun sibuk selfie...  Memang kecik nih pandai sangat menyelfie macam orang tua kekeke...

Matching tudung mama dengan keretapi tu khen...

Siap cakap dengan d other half, next change kita stay sini hocay...  Bila la next dia tu eh?  If saja hocay kalau takde next pun takde hal...
 
 


Acara Makan Makan...

 
Acara wajib seterusnya kalau pergi Krabi adalah makan makan...
 
Dekat sini makan bleh tahan mahal atau mahal kottttt...  Atau kami je yang terkena makan mahal?  Kekeke...  Mahal sikit takpe yang penting sedap...
 
Restaurant favourito kami ialah LEMON... 
 
Me syorkan sangat sangat sapa yang pergi Krabi makan dekat sini...  Dijamin sedappppppp...  Harga a bit pricey la kami anak beranak tak termasuk family Man makan lunch pun kena around RM100+...  Makan menu biasalah tomyam, sotong goreng tepung, udang chili, sayur, nasi putih, fresh juice...  Kalau kami makan 2 family makan lebih kurang macam tu tapi ada ikan kena la pow RM200 - RM300...  Malam terakhir kami makan goreng goreng jek macam nasi goreng, mee goreng, spaghetti  murah cket RM130 jek...  Dah hari hari terakhir bajet kekeke...
 
Kalau nak try tomyam mintak dia tomyam putih ie yang kaler jernih tu memang sedap sedap sedap...  Sampai d other half request me masak camtu...  Kami anak beranak 2 mangkuk tomyam clear tu dengan 2 set sotong goreng tepung pun bleh abis makan...
 
Selain dekat Lemon ada banyak lagik kedai makan halal yang penting kena pandai cari...  Satu lagi area depan AoNang Beach Restaurant La Casa...  Macam ala ala Italy gitu la banyak western food and thai food of course...  Spaghetti dia sedapppp... 
 
Kalau pergi makan benda yang wajib order adalah french fries...  Ialah sementara nak tunggu makanan sampai makan la fries dulu...  Kalau kat Lemon tu memang orang sentiasa ramai jadik banyak banyakkan bersabar ye sambil sambil tu layan la fries...
 

Lagik konon konon a must try ialah PANCAKE...
 
Gigih pagi pagi me dengan d other half naik motor pergi carik pancake...  Gerai jual pancake memang merata tapi nak makan pancake yang diwar warkan macam sedap sangat tu...
 
Pagi pergi gerai tak bukak lagik...  Maka petang buat return lar...
 
Kali ni naik taxi motor nih...
 
Tembun plak makcik dalam pica nih eh...

Inilah dia pancake yang me dok meratib kat telinga d other half tu...
 
Nama gerai PANCAKE ROTEE YAMINLAH...
 
Kami order banana nutella pancake yang tersohor tu...
 
Excited giler nak makan tapi bila me makan je rasa macam erm..........  Bleh lah makan takdelah tahap tak sedap cuma me rasa ianya overrated lar... 
 
Pancake tu macam kulit roti canai tu dalam dia letak banana and atas disapu nutella...  Makan jugalah sampai habis sebab dah beria ia mengidam kan...
 
Lepas tu ada jual udang tempura satu mangkuk RM3 tapi tolonglah jangan tertipu...  Nampak macam udangnya besar bagak bila dah makan udang nya secoet kat bahagian ekor yang nampak tu jek...  Yang gemuk gedempol tu ialah tepung semata...
 
Kat pica atas tu dalam mangkuk yang Risha tengah makan tu udang tempura tipah tertipu...  Yang depan me pancake...
 
Tengok tu ramai je orang...

Lepas tu nampak pulak somtam nih...  Order order jangan tak order...
 
Makan jelah sepetang tu...  Somtam pun tidak seperti yang diharapkan tapi habis la makan sebab dah beli...  Banyak pulak tu portionnya...  Makan kerabu dekat Anggun lagik sedap...

Memang sederet kat area ni gerai makan...  Pilih je la mana nak sedap tak sedap ikut tekak masing masing ler...
 
Mungkin sedap pada orang lain tapi tak pada me and sebaliknya...

Hocay disclaimer makcik memang cewet cket bab makan makan nih ehehehe...