Latest Updates (^____^)...

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Renungan Jumaat...


Assalamualaikum dan salam Jumaat all...
 
Pagi ni me nak mengepaste apa yang dicopy di FB...
 
Buat renungan bersama...

 Pasangan muda yang baru bernikah tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, dia melihat jirannya sedang menjemur pakaian...

 "Cuciannya kurang bersih ya", kata si isteri." Sepertinya dia tidak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih bagus."

 Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apapun. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaiannya.

Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul2 bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya: "Lihat, seolah2 dia telah belajar bagaimana mencuci dengan betul..
Siapa agaknya yang sudah mengajarnya?"

Si suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita."

 Dan begitulah kehidupan.

Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan pikiran (jendela) bilamana kita memandangnya...

Jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita.

Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita. Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita.

Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik) Maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita tetap baik. Kerana itulah segalanya.

HATI menentukan FIKIRAN..FIKIRAN menentukan PERKATAAN & PERBUATAN...
 
Renung renungkan dah selamat muhasabah diri sendiri...
 
Lepas baca kita layan plak rezeki di pagi Jumaat nih...
 
Hari ni rezeki roti jala...  Belum makan lagi sebab belum rasa nak makan ler hehehe...

TOTD nak jugak menyelit (^^,)...
 
Hari ni bergojes dengan FNJ Tone Exclusive 2 Layer...
 
Eh eh...  Macam tersama plak kaler dengan roti jala hahaha...
 
Cantik kaler ni sesuai dengan muka and cutting awning pun sesuai cumanya macam tak puashati sikit sebab jahitan penyambung layer 2 tone kat bahagian belakang macam tegang sangat so macam tak berapa kemas... 
 
Officemate kata ok je takde la nampak defect sangat...  Tapi still tak puashati...  Actually me tak pernah pun terfikir nak check jahitan belakang layer sebelum ni tapi sebab semalam terbaca di page Exclusive ada buyer complain tudung aisya dia defect kat bahagian belakang tu yang tadi pagi me pun cek jugak me punya...  Memang time iron and hanger tak nampak tapi bila dah pakai baru nampak...
 
Nak berurusan dengan seller semula memang malas lar lagipun dah beli lama ni cuma baru nak pakai...  Ada takde kalau nak kena hantar jahit semula kat mana mana tailor...  Bleh difikirkan solution tu kan...
 
Apa apa pun defect pagi ni belum menimbulkan kejejasan memburu gojes...  Dan kepada sahabat sekolah rendah me "Welcome To The Club Fren...  Jaga Jaga ar..."  Terjebak sudah kan...  Mula mula sehelai lepas tu sedar sedar dah berhelai helai (^^,)...
 
Apa apa pun me like FNJ...

 

No comments:

Post a Comment